Khasiat Peluk Canda Suami-Istri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi, berkhasiat memanjangkan usianya.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara
sentuhan dan tahap kesehatan.
"Seseorang itu niscaya akan
panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari, karena pelukan dan
sentuhan akan menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon
termasuk endorfin yang baik untuk kesehatan tubuh".
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,"
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesehatan sentuhan,
pelukan dan sendau gurau antara suami dan isteri juga merupakan sunah
Rasulullah shallallahu alaihiwasalam
Tambah beliau, ada kajian
di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat
mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesehatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan agar lebih sering peluk isterinya,'' katanya disambut dengan
gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan ingin berpenampilan yang bersih
serta menarik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar